Tuesday, January 26, 2010

Cikgu Yap Yoke Chin (gambar terkini)



Cikgu Yap (tengah) pernah mengajar di SRK Senggora sekitar 80-an.

Monday, January 25, 2010

Gambar Wan Mak Cu Kecik yang terkini.



Pihak Oh!Senggora telah berkesempatan menziarahi beliau baru2 ini di Jengka. Beliau kini agak uzur. Wan Mak Cu merupakan orang lama di Kg Senggora.

Wednesday, January 20, 2010

Arwah Tok Ki Sahak dan Arwah Wan Bi dalam kenangan.



Gambar ketika kenduri di rumah Engah Hassin (ayah kepada Zulfa).

Lawatan ke Kuala Lumpur oleh SRK Senggora sekitar 80-an.



Cikgu Lau Chee Beng (belakang berbaju putih) mengetuai rombongan ini. Beliau merupakan guru yang berdedikasi.

Friday, January 15, 2010

Arwah Zaid dan Icik Li ketika muda.


Ayah Icik Li (adik beradik kepada Arwah Mak Long Senah) ketika ini bekerja sebagai Ketua ADO Temerloh. Arwah Zaid merupakan orang yang sangat dikenali di Senggora.

Suami Mak Cu Lah (Pak Cu Mat) yang merupakan jurulatih juara 4 x 100 dari SK Maran.


johan 4x100 MSSD Maran 1974-75 merupakan dari SK Maran. Kenangan bergambar di hadapan sungai Lubuk Paku. Terima kasih kepada Mak Cu Lah kerana mengirimkan gambar yang sungguh klasik ini.

Wednesday, January 13, 2010

Pok Key (kanan) dan Abang Lan.



Ketika ini muzik rock kapak sedang melanda Kg Senggora.

Pok Key dan Pak Teh Sidek sedang bersilat pulut.



Pok Key (kanan) sekarang menetap di Kuantan merupakan anak jati Kg Senggora.

Pasukan gendang Senggora satu ketika dahulu.



Jika kedapatan kenduri kendara di Kg Senggora, maka inilah dia pasukan gendang yang akan menyerikan majlis. Pasukan ini di ketuai oleh Pak Teh Sidek (duduk memegang gendang)

Monday, January 11, 2010

Kenangan Banjir Besar di Temerloh pada tahun 70-an.

Mungkin ada di antara pengunjung Oh! Senggora tidak lahir ke dunia lagi sewaktu bencana banjir terbesar dalam sejarah di Pahang pada tahun 1970.




Sekolah di Temerloh yang ditenggelami air. Hanya atap yang kelihatan.



Sekolah di Temerloh yang ditenggelami air. Hanya atap yang kelihatan.



Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak melawat mangsa banjir di Temerloh.



Masjid di bandar Temerloh ini terletak di atas bukit. Cuba bayangkan betapa hebatnya bencana banjir ketika ini.

Tuesday, January 5, 2010

Belong Bidin dan rakan2.



Belong Bidin (berbaju kot) duduk di hadapan kanan. Embong Li berdiri paling kiri. Yang lain tidak dapat dikenalpasti.

Ketika di Sungai Lembing.



Embong Li (kiri), Pakcu Pajok (tengah) dan Awang Petet (paling kanan)

Generasi awal SRK Senggora.



Mungkin ketika ini mendengar taklimat.

Generasi awal SRK Senggora



Ada yang anda kenal di kalangan mereka ? Sila beritahu pihak Oh! Senggora.

Generasi awal murid2 SRK Senggora.



Sila beritahu pihak Oh!Senggora jika di ketahui siapa dikalangan mereka ini.

Embong Li bersama rakan2 seusia.



Embong Li duduk di tengah2. Tidak dapat dikenalpasti yang lain. Jika ada pengunjung yang kenal, sila beritahu di kotak bual di sebelah.

Belong Bidin ketika muda.



Bersama Embong Li bercanda ditepian pantai. Tidak pasti di mana lokasi pantai ini.

Keadaan kawasan kedai getah Allahyarham Haji Mat Noh



Embong Li pernah bekerja dengan Haji Mat Noh. Kedai beliau merupakan satu2 nya tempat yang mempunyai peti telivisyen di Senggora ketika itu. Jadi, memang ia menjadi tumpuan penduduk kg terutama di sebelah malam utk menonton rancangan2 menarik ketika itu.

Embong Li ketika mengusahakan kedai runcit.



Tidak pasti beliau bersama siapa ketika ini.

Tok Awang Teh dalam kenangan.



Tokki Awang Teh (bapa kepada Allahyarham Belong Bidin) (duduk paling kiri). Dipercayai beliau merupakan ketua kg atau tok empat Senggora ketika itu.

Gambar di Temerloh ketika mengambil gambar IC.



Mungkin ketika ini tiada kedai gambar di Maran. Dari belakang Pak Busu Jihin (kiri) , Embong Li, Ghamizan @ Awang Ghai (kiri depan) dan Norizan @ Embong Jan.

Awang Ghai dan Bang Din ketika bersekolah di SRK Senggora.



Boleh tahan hensem kan ?

Generasi awal tenaga pengajar SRK Senggora.



Turut kelihatan , Allahyarham Pak Cik Li (berdiri). Menurut sumber gambar ini diambil sekitar 50-an atau 60-an.